Friday, February 20, 2009

BUDAK BAIK...


Untuk subjek Pemberitaan dan Penulisan Rencana, kitaorang budak Journalism di beri tugasan mengikut wartawan dari mana-mana media, sama ada media bercetak ataupun media elekronik. Satu group 2 orang. Aku n k.Syahida memilih untk mengikut wartawan dari Utusan.

Seperti yang tak dijangka, kitaorang terpaksa berpecah kerana diaorang dah letak nama kitaorang untuk wartawan yang berbeza. Cerit
a tentang pengalaman aku jni, bila dah sampai di Utusan Company, aku mula kenalkan diri pada wartawan yang aku akan ikut. Pada mulanya, aku konfius juga coz dia tak mengaku yang namanya En Hatta Wahari, aku pun peliklah coz dia cakap En Hatta tu kat sebelah dia, Chinese man, tanpa segan silu, aku pergi la kat Chinese man tu, dia ni memang baik sangat. Dia cakap bukan dia tapi yang tadi tu, apalagi, En Hatta tu gelakkan aku, rupa2nya aku dah pun di buli, aku pun bengang la, aku cakap, “Janganla main2”, hehehe, last sekali dia pun ngaku la. Dia cakap tu baru sikit.hehehe. Aku pun satu, ikut je cakapnya, yela, aku kan budak baik. Huhuhuhu..

Lepas aku perkenalkan diri dan cakap tujuan aku tu, dia pun tunjuk cara2 nak jadi reporter, sebelum nak buat liputan dia gtau yang kita kena tahu dulu apakah isu yang timbul. Masa tu aku ikut En Hatta pergi cover pasal Pemansuhan Plaza Tol PSJ 2. Dia suruh aku baca news sebelum ini pasal Plaza Tol tu. Katanya kita takkan lari dari topik yang sebenar bila buat liputan nanti.


Pukul 3 petang aku sampai di Majlis Penutupan Plaza Tol PSJ 2. Suasananya membuatkan aku takut sangat2 sebab semua parti ada dan kawasan kat sana jammed teruk. Aku tengok ramai crew dari semua media sudah pun menanti. Majlis Pemansuhan tu diluluskan oleh Menteri Kerjaraya masa tu Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed. Lepas tu, dia terus balik tanpa membuat siang akhbar.

Masalahnya disini, macam mana nak dapatkan maklumat lebih mendalam untuk dimuatkan dalam berita nanti? Aku Tanya la En Hatta, dia cakap kita mesti kreatif seperti contoh, cari alternatif lain.

Lepas kitaorang makan, terus balik Utusan. Setelah sampai, kitaorang pergi solat kejap, lepas siap, En. Hatta dah pun siapkan berita tu, cepat betul, tak sampai 30 minit, pepun aku Tanya juga, macam mana nak susun flow yang baik, dia ajar semua. Aku seronok sangat coz banyak yang aku dapat timba pengalaman masa ikut Utusan’s Reporter hari tu.


Terima kasih pada semua.

Pppppsssssssssssttttttttttt…. Sempat lagi bergambar dengan En Hatta.

No comments: