Thursday, January 14, 2010

Kemalangan Ngeri Sekitar Tahun 2009


Salam kawan-kawan.

Disini aku nak bercerita tentang kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2009 lepas. Untuk pengetahuan kawan-kawan walaupun aku dikatakan seorang yang “mabuk darah” , tapi setiap kali aku ternampak kemalangan pasti aku menangkap gambarnya sendiri tak kira kat dalam kereta atau motor sekalipun.

Baru sahaja 3 Syawal menjengah, aku dikejutkan dengan satu kemalangan yang berlaku ketika aku, k.ni dan abang ipar dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan sepupu abang iparku di Kota Bharu. Kemalangan ini berlaku kira-kira selang 5 buah kampung dari kampung aku yang mana terletak di daerah Rantau Panjang. Aku tak pasti kenapa kemalangan sebegini boleh berlaku kerana penyataan sebenar tak jelas dan aku tidak berapa memahaminya. Mengikut kepada perkiraan aku, kereta warna gelap ini mahu keluar dari kawasan halaman rumah tetapi tanpa disedari kereta dibelakang datang lalu merempuh dan menyebabkan kereta gelap ini terjunam sehingga melanggar tiang elektrik, sekaligus patah dan menghempuk bumbung kereta tersebut. Alhamdulillah, semua mangsa kemalangan terselamat. Sekiranya ada kawan-kawan yang menyaksikan kejadian tersebut bolehlah memperbetulkan jawapan yang sebenarnya. Aku minta maaf sekiranya tersalah tafsir dalam kes kemalangan ini.



SAAT MENDEBAKAN: Bomba memerhatikan cecair yang berwarna kuning di kotak elektrik tersebut yang memungkinkan akan menyebabkan kebakarAn sekranya terkena percikan api.

SIASAT: Bomba berusaha memulihkan keadaan setelah mengenalpasti mangsa dalam keadaan selamat


Bomba dan Penyelamat sedang mengumpil untuk mengeluarkan kereta tanpa sebarang letupan berlaku.

Gambar di bawah ini pula, aku tangkap ketika aku dan kawan-kawan dalam perjalanan menyambut hari raya sambil menyiapkan assignment Photo Essay yang bertemakan celebrate di Kuala Selangor. Saat ini memang menyedihkan aku, anak muda yang kemalangan melibatkan motor yang dipandunya bertembung dengan kereta aku tak pasti menyebabkan mukanya cedera parah.


Darah yang berlumuran darah betul-betul mengerikan sewaktu aku ingin menangkap kerana sewaktu itu, dia dibantu oleh orang ramai dan matanya memandang ke arah kami. Kesakitan yang dialaminya tidak dapat aku bayangkan. Apa pun aku doakan semoga anak muda ini masih lagi selamat dan dipanjangkan umur.Aminnn…

p/s: Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana kerjasama yang diberikan oleh orang awam dalam situasi begini diterapkan dalam diri dan aku berharap semoga ianya kekal selamanya. Apa yang penting KERJASAMA!!!!







Tuesday, January 5, 2010

Pertrosains Pembuka Tahun 2010

2 Jan 2010
Selamat Tahun Baru kawan-kawan..

Pembuka tahun baru 2010, aku memilih Petrosains yang bertempat di tingkat paling atas KLCC , sebagai pembuka tirai kenangan manis aku. Sepanjang pengembaraan aku disini, banyak yang aku lupa untuk ditulis seperti jenis dan kawasannya. namun begitu, tempatnya memang begitu mengagumkan aku tentang ilmu sains sebenar. dengan ilmu inilah aku mendapat banyak input yang selama ini tidak pernah aku tahu termasuk sejarah berjuta tahun dahulu dan kejayaan yang diperoleh hingga kini.

CAK!!!! Tempat pertama aku teroka selepas naik kereta elektronik yang direka khas.

KOLEKSI WAYANG KULIT: Bukan setakat berbentuk sains semata, disini juga ada dimuatkan tentang zaman permulaan peradaban manusia.

PETROJAYA: Sempat berposing di pintu utama Petrojaya.

PELBAGAI: Terdapat pelbagai replika termasuk Filem Orang Minyak, Mainan Video dan Taman Animasi.

MENARIK: Tiba sahaja ke dalam gua, aku dikejutkan dengan lagu rap yang menarik hati sambil menari pula tu. Memang syok!!!!!!!!

BERAT: Lakonan semata..hehhe..

KREATIF: Tengok boleh, pegang tak boleh...


TULANG: Kat sini terdapat banyak tulang-temulang yang diukir, secara tidak langsung dapat mengimbau kenangan zaman purbakala dahulu yang aku sendiri tidak pernah merasainya.

p/s: Jangan lupa ke sana!!!