Tuesday, September 20, 2011

Titik-titik dosa telah memenuhi ruang hati,
Semakin hari hati mula bertukar kehitaman,
Menyamakan ia dengan seketul arang,
Yang mana akan membawa dan membahang aku di akhirat kelak,
Bagaimanakah akan aku hadapinya nanti?
Di hati tetap sayang kepadanya,
Tetapi di hati juga kecewa dengan apa yang berlaku.
Aku memahami akan perkongsian kasihnya,
tetapi aku harus akur,
Masakan aku perlu bandingkan dengan orang yang sudah tiada?
Sebetulnya kebahagiaan yang baru tercipta itulah tujuannya,
Dan juga harapan aku terhadapnya,
Namun rajuk di hati tak siapa yang tahu,
Begitu bercil hatikah aku?
Jika di bandingkan dengan keceriaan yang terpancar di wajahnya.
Ya ALLAH..
Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima dia dan pasangan seadanya,
Kerana ketaatan kepada mereka jugalah menjadi penentu syurga bagiku.
Amin......

TERIMA KASIH

Desiran angin menyapa pipiku,
Sejurus mengembalikan kenangan di suatu ketika dahulu,
Bersama memadu kasih,
Menyulam sayang,
Serta mengeratkan keduanya bersama kesetiaan yang utuh,
Betapa aku mengsyukuri akan kenangan itu,
Walaupun pada akhirnya aku tersungkur,
Namun DIA masih setia menyayangi aku,
Dan tidak membiarkan aku terus rebah di persada dunia.
Terima kasih Ya ALLAH.

Monday, July 25, 2011

AHLAN WASAHLAN

Datangmu amat di nantikan oleh mereka,
Untuk meniti hari-hari yang penuh bermakna,
Bermuhasabah diri di waktu yang beharga,
Kerana hanya di tika itu sahaja.

Tibamu menambahkan kekurangan yang ada,
Mencuci segala dosa yang ternoda,
Andai masamu di gunakan sebaiknya,
Tiada penyebab di jadikan penghalangnya,
Kerana dajal dan syaitan dibelenggu olehNYA.

Semoga datangmu menyerikan semua,
Bagi kaum Adam dan Hawa,
Untuk mendapatkan pahala yang berganda,
Tanpa riak dan takabbur yang meliputinya,
Sebaliknya detik yang penuh bermakna di bawah naunganNYA.

---------Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan---------

Friday, July 1, 2011

Bukan Kita Tapi Mereka

Kadang-kadang kita rasakan kita sempurna,
Dalam mengharungi sesebuah pertalian,
Tak kira dari anak solehah kepada setiakawan,
Tapi sebetulnya kita yang tafsirkan,
Bukan mereka yang selalu berdampingan.

Kita rasakan kita peneman,
Dikala mereka dalam kesusahan,
Namun itu bukan ukuran,
Dalam merealisasikan sesebuah perhubungan,
Sebaliknya mereka yang fikirkan.

Kita rasakan tidak membuat sebarang kesilapan,
Tidak menyumbangkan kepada kemurungan,
Yang membawa kepada kealpaan,
Kesilapan yang susah untuk dimengertikan,
Kerana mereka sudah ada jawapan.

Tuesday, June 21, 2011

SELAMAT HARI BAPA (19 JUN)

Bukan sekadar hari ini hari bapa,
Tarikh ditetapkan wujudnya peristiwa,
Menandakan kamu amat berharga,
Setiap pengorbananmu tiada taranya.

Kenangan kita tak pernah ku lupa,
Dirimu menyapa dengan ceria,
Walaupun dirimu seorang ketua,
Tapi ketegasanmu berlapikkan kelembutan di dalamnya.

Walaupun dirimu sudah tiada,
Namun ingatanku tersemat didada,
Senyum dan tawamu tak lekang menyapa,
Pengubat hati dikala duka.

Aku tersedar dari kealpaan,
Dirimu menyapa memberi salam,
Aku menjawab dengan tenang,
Tangisan di hati mula terkesan,
Bahwa rohmu datang menjenguk anak-anak kesayangan.

Friday, April 1, 2011

1 April



1 April...
Terkenang kembali pada kisah lalu,
Ketika aku disapa begitu,
Dengan membawa si kecil ke sisi ku,
Alhamdulillah, dia adalah anak buahku.

1April...
Aku merupakan orang pertama,
Melihat dia dilahirkan ke dunia,
Comel dan kecil sangat aku kira,
Hanya menyapa dengan belaian sahaja.

1 April...
Nur Hanan Qaisara nama di beri,
Gabungan idea di antara kami,
Menjadi penyeri di tika sunyi,
Sekarang sudah belajar kini.

1 April 2011...
Selamat Hari Lahir buatmu,
Semoga Allah sentiasa memberkatimu,
Dikala tiba, kini dan juga berlalu,
Semoga menjadi penyejuk ibumu.

Thursday, March 31, 2011

CIPTAAN TUHAN


Indahnya...
Hari berganti dari masa ke semasa,
Siang diterangi cahaya mentari di antara awan,
Malam diiringi dengan sinar rembulan,
Lebih berseri dengan bintang yang bertaburan.

Indahnya...
Kebiruan lautan menjadi hamparan,
Buat makhlukNYA riang berkeliaran,
Dihiasi dengan terubu dan karang,
Bersama dengan hidupan pelbagai rekaan.

Indahnya...
Sepertiga bumi damai mempersonakan,
Dengan adanya flora yang mengasyikkan,
Ditemani fauna ciptaan Tuhan,
Sebagai pelengkap bagi mengisi alam.

Wednesday, March 30, 2011

TIADA KESUDAHAN


Dari hari ke hari aku semakin tertekan,
Entah di mana semangat untuk ku dapatkan,
Hari ini aku menangis lagi mengenangkan,
Nasib yang tidak berkesudahan.

Bukan ini yang aku mahukan,
Segala pengorbanan di perkotak-katikkan,
Apakah aku tiada penghargaan,
Untuk dianugerahkan.

Tiada apa untuk dinilaikan,
Namun aku tetap punya perasaan,
Mana mungkin aku senang diperbodohkan,
Untuk aku terus dipersalahkan.

Aku harap ada yang dimengertikan,
Andai kamu aku terpaksa tinggalkan,
Aku mohon ampun di atas kesilapan,
Ku susun sepuluh jari pohon kemaafan.

INGATKAN AKU


Sahabat...
Perkenalan kita pada dasarnya,
Hanya melalui alam maya sahaja,
Saling berhubung tanpa di duga,
Kita semua berjumpa akhirnya.

Sahabat...
Entah dimana akan silapnya,
Teguran tidak bersama keceriaan,
Mungkin ini adat persahabatan,
Ada naik dan turunnya keadaan.

Sahabat...
Sekiranya diriku melakukan kesilapan,
Aku sedia memohon kemaafan,
Agar tiada sedikit lakaran,
Yang berbekas di hati kalian.

Thursday, March 24, 2011

BILA ALPA MELANDA

Lokasi: Depan Canselori USIM

Ya Allah...
Ampunkan aku,
Disetiap salahku,
Disetiap perlakuanku,
Disetiap rinduku,
Pudar terhadapmu.

Ya Allah...
Andai ini yang perlu ku terima,
Aku menerima ujian dariMU,
Namun bukakanlah hatiku,
Untuk terus bersujud padaMU.

Ya Allah...
Jauhi aku dari kesilapan itu,
Kerana aku insan yang alpa,
Dalam setiap perkara,
Bersama sendu di jiwa,
Terimalah cintaku untukMU dan UtusanMU.

AFGAN - PADAMU KU BERSUJUD

Ku menatap dalam kelam,
Tiada yang bisa ku lihat,
Selain hanya namaMU, Ya Allah,
Esok ataukah nanti,
Ampuni semua salahku,
Lindungi aku dari segala fitnah,
Kau tempatku meminta,
Kau beriku bahagia,
Jadikan aku selamanya,
HambaMU yang selalu bertaqwa,
Ampuniku Ya Allah,
Yang sering melupakanMU,
Saat Kau limpahkan karuniaMU,
Dalam sunyi aku bersujud,
PadaMU.

SENDIRI MAU INGAT


Adakah penting diri sendiri,
Andai setiap aktiviti perlu di katakan,
Adakah kamu tiada prinsip diri,
Hendak berjaya usah dipertikaikan.

Setiap perkara perlu di lakukan,
Tidak semua perlu diberitahu,
Matlamat semua hanyalah satu je kan,
Segulung ijazah di genggaman itu.

Perit pedih difitnah orang,
Tatkala merebut satu peluang,
Adakah waras di mata pandang,
Kerana gagal orang lain di salahkan.

Setiap kerja sama-sama mengingati,
Andai terlupa perlu di maafkan,
Sebab semua tanggungjawab sendiri,
Di hati dan otak perlu di lekatkan.

Usah muncung panjang sedepa,
Andai gagal dalam ujian,
Thesis tak siap kerana alpa,
Kawan mula ditinggal berjauhan.

Alhamdulillah semua sudah di bereskan,
tapi tetap tiada sapaan,
Ada rasa sedikit terkilan,
Namun kena bermaaf-maafan.

Wednesday, March 23, 2011

AIR DI CINCANG TIDAK AKAN PUTUS


Syukur...
Ibu ayah mulanya hidupku,
Sehingga perolah adik beradikku,
Pada asalnya tujuh sedarahku,
Namun Allah sayangkan salah satu.


Syukur...
Kerana punya sebuah keluarga,
Nama di beri berpangkal 'R" nya,
Kecuali lelaki tunggal sahaja,
Setelah lupa nama di reka.


Syukur...
Rubaun Sabariah anak pertama,
Di ikuti Robiah dan juga Ruzita,
Sabri dan Rosmaini selepas darinya,
Roslailatu Zuraida dan Ruziana pelengkap semua.



Syukur...
Walau sentiasa bertikam lidahnya,
Namun tak lama bila bersengketa,
Pagi bergaduh petang bersenda,
Itulah adat dalam bersaudara.


ADAT BERSAHABAT


Senyuman menghias ruang mataku,
Dikala kita bersama bersenda,
Namun di mana akan kelibatmu,
Tatkala aku berduka lara.

Sahabat setia sahabat sejati,
Dikala duka dikala sunyi,
Dia berbahagia di kala ini,
Kenangan manis tetap di sanubari.

Buat sahabat dan juga teman,
Bukan niat untuk menahan,
Tatkala rahsia dalam genggaman,
Kerana mungkin akan mengaibkan.

Pohon maaf ku pinta darimu,
Mungkin caraku bersahabat denganmu,
Bukan semua luahkan padamu,
Ada sesetengah terpaksa di genggamanku.

Bukan kalian tiada peranan,
Kerana daku ada pegangan,
Ada perkara perlu di beritahukan,
Tapi bukan semua perlu di jelaskan,
Daku harap kalian faham.

Tuesday, March 22, 2011

BERHAK MEMILIKI


Airmata di seka sebak terasa,
Hanya itu peneman setia,

Bila janji di tabur bersama,

Lenyapnya pergi sekelip mata.


Bukan emas bukan permata,

Untuk di nilai pada cintanya,

Tapi tulus dari hatinya,

Turut terselit kasih untuknya.


Ujian datang badai melanda,

Namun di gagahinya jua,
Andai di pinta menurut sahaja,

Ada hikmah di sebaliknya.


Andai itu adalah takdirnya,

Dia tidak perlu berbangga,
Cinta bukan miliknya sahaja,

Cinta Hakiki lebih bahagia.


Cinta buka padanya semata,

Bukan jua jiwa raga miliknya,

PENCIPTA lah berhak memilikinya,

Kerana DIA tetap bersama,

Dikala bahagia dan juga sengsara.


EDCOUSTIC - MUHASABAH CINTA


Duhai pemilik nyawaku,

Betapa lemah diriku ini,

Berat ujian dariMU,

Ku pasrahkan semua padaMU,

Tuhan baru ku sedar,

Indah nikmat sihat itu,

Tak pandai aku bersyukur,

Kini ku harapkan cintaMU.


Kata-kata cinta terucap indah,

Mengalir berzikir di kidung doaku,

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku,

Butir-butir cinta airmataku,
Teringat semua yang KAU beri untukku,

Ampuni khilaf dan salah,

Selama ini ya ILLAHI,

Muhasabah cintaku.


Tuhan, kuatkan aku,

Lindungi ku dari putus asa,

Jika ku harus mati,

Pertemukan aku denganMU.

Monday, March 21, 2011

PASTINYA


Bukan dirimu yang aku benci,

Tetapi kelakuanmu tak dapat ku nafi,

Kau tinggalkanku tanpa ku sedari,

Seperti layang-layang yang terputus tali.

Tiada apa perlu kau sesali,

Bukan kamu yang aku dendami,

Kerana hatiku sudah di temani,

Dengan si dia yang berbahagia kini.


Pengakuan ku beri pada dirimu,
Bukan untuk mengelak darimu,
Tetapi dia cinta hatiku,

Cinta dia membuka mataku.


Aku menerimanya kerana hatiku,

Walaupun dia cinta keduaku,
Tetapi ia melebihi darimu,

Aku memohon maaf padamu.

Andai dia bukan jodohku,

Tak mungkin aku menerimamu,

Aku menerima takdir itu,
Kerana ALLAH Maha Penentu.

TEMAN SERUMAHKU


Teman...
Bukan ayah dan juga ibu,
Yang menemaniku di kala buntu,
Tapi kalian teman serumahku,
Menjejaki pengajian di Tahun Satu.

Teman...
Bukan kakak bukan adikku,
Bukan saudara darah sedagingku,
Tetapi K.Ina, K.Ta, K.Long dan Liza ku,
Kalian tetap di sanubariku.

Teman...Tahun 2 menganjak tiba,
Bertukar teman menjadi adatnya,
Namun yang lama tidak di lupa,
Yang baru diterima dengan hati terbuka.


Teman...
Keletah dan tawamu menghiburkan hatiku,
Atiqah sebagai teman sebilikku,
K.Long, K.Wan, Nor dan Nurul,
Pemangku teman serumahku yang baru.

Teman...
Tahun 3 menjengah pula,
K.Long masih tetap setia,
Manakala K.Ina, Ain, Dayah dan juga Najwa,
Sebagai pengganti pada yang lama.


Teman...
Bila menjelang tahun akhirku,
Detik penghujung tahun penamatku,
Menunaikan tanggungjawab tergalas di bahu,
Minta di tunai setibanya waktu.

Teman...
Tiada kata tiada nilaian,
Yang mampu aku dapat balaskan,
Pengorbanan dan perhatian jadi pegangan,
Hanya terima kasih dapat di ucapkan,
Dan juga kemaafan di atas kesilapan.

PANDANGAN MATA


Pandangan mata...
Membuatkan kita asyik,
Bersama dengan sapaan gemersik,
Membuahkan rasa yang berputik.

Pandangan mata...
Melihat kedamaian itu,
Mensyukuri kebesaran yang SATU,
Membuat hati bertambah pilu.

Pandangan mata...
Dapat melihat pada luaran,
Tetapi bukan pada dalaman,
Kerana itu tidak berkemungkinan.

Pandangan mata...
Bila sudah lama berkawan,
Isi hati sudah ditawan
Adakah itu satu kemestian.

Pandangan mata...
Melihat ketulusan hati,
Untuk membenarkan ia pergi,
Membiarkan hati di tandang sepi.

Friday, March 18, 2011


SMS mu tiba tak kira masa,
Berhubung dari pagi hingga gelapnya,
Untuk mengukuhkan kasih dan cinta,
Kesabaranlah menjadi tunggaknya.

Setiap katamu menjadi pegangan,
Digenggaman ini aku eratkan,
Kasih sayangmu aku jalinkan,
Bertaut erat tali ikatan.

Puitis cinta menambah rasa,
Dikala masa mencungkil rahsia,
Bila kecewa mengubati luka,
Bila bahagia itulah nikmatnya.

Bicara mu dengan diriku,
Utusan cincin membawa buktinya,
Ketulusan hatimu memautkan hatiku,
Ku balas dengan cinta nan mesra.

Thursday, March 17, 2011

KEMAAFAN DI POHON


Aku memohon maaf ...

Bukan di kala menjelmanya hari raya,

Tetapi bila terkasarnya bahasa,

Yang mana mungkin terguris luka,

Tanpa kita menyedarinya.


Aku memohon maaf...

Bukan disetiap kata-kata,

Tetapi juga perilaku kita,

Begitu juga dengan mimik muka,

Yang mungkin menjadi salah ertinya.


Aku memohon maaf...

Bukan sekadar di mulut berkata,

Perlu didahului di hati jua,

Bagi mendamaikan resah di jiwa,

Sebelum ajal menjemput tiba.

Aku memohon kemaafan darimu,

Di setiap tingkahlaku dan kekasaranku.

Wednesday, March 16, 2011

IBU



Ibu...
Senyum manismu penawar resahku,
Lelah keringatmu mematangkanku,
Pelukanmu menghangatkan diriku,
Tiada yang penting hanya dirimu.

Ibu...
Genggaman tanganmu menguatkanku,
Keluh kesahmu menjadi pengajaranku,
Agar terbuka mataku,
Betapa besar pengorbananmu.

Ibu...
Tidak dapat ku gambarkan,
Betapa peritnya kau lalui,
Aku pohon jutaan kemaafan,
Kerana kesilapan, aku sesali.

Ibu...
Ku doakan semoga hayatmu,
Dan juga hayatku,
Sentiasa berpadu,
Aku tidak memintamu pergi dulu,
Dan aku juga tidak ingin pergi dulu,
Kerana aku mahu menjagamu,
Seperi mu menjaga diriku,
Menatap wajahmu di setiap celikku,
Dan tidak mahu kamu menangis di atas pemergianku.

Ibu...
Kita hanya merancang,
Tapi Allah telah tentukan,
Aku terlalu menyayangimu,
Ampunkan silapku,
Silap dimasa silamku,
Di masa sekarangku,
Dan juga di masa hadapanku,
Aku sayang kamu,
Sayang sepenuh hatiku.

SANTA ESMERALDA - YOU'RE MY EVERYTHING

You're my everything,
The sun that shines above you makes the blue bird sing,
The stars that twinkle way up in the sky,
Tell me I'm in love, when I kiss your lips,
I feel the rolling thunder to my finger tips,
And all the while my head in a spin,
Deep with I'm in love,
You're my everything and nothing,
Really matters but the love you bring,
You're my everything,
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything,
Forever and the day,
I need you close to me,
You're my everything,
You never have to worry never fear,
For I am near,
You're my everything,
I live upon the land and see the sky above,
I'll swim within oceans sweet and warm,
There's no storm my love,
When I hold you tight,
There's nothing that can harm you in the lonely night,
Yes, so strong my love.

KATA-KATA INDAHMU


"Sayang..
Ku titipkan buatmu serangkai puisi hati,

Khas untukmu, betapa aku menyintaimu,

Pertemuan di antara kita yang pada mulanya hanya satu kebetulan,

Kini telah membawa kita bersama,

Ke gerbang percintaan,

Mungkin kita tak semesra mana,

Dan di antara kita jarang sekali bertemu muka,

Namun dapat ku rasakan getaran cinta di jiwa,

Kita berdua,

Sayang..

Ku semai cinta dan kasih sayang kita,

Di dalam jiwa ini,

Aku inginkan kejujuranmu,

Ku mengharapkan belaian darimu,

Kerana aku hanyalah teruna desa,

Yang mengharapkan cinta yang tulus,

Murni darimu,

Bagiku..kaulah segalanya"

16 September 2008

10:25:19


TIARA - HANYA PADAMU

Hanya padamu,

Ku serahkan segalanya,

Kau bertakhta di nurani,

Anggun cintamu abadi,
Hanya padamu,

Pertama dan yang terakhir,

Pohon cintaku merendang,
Disirami kasih suci.

Jiwaku di palu,

Gemersik tak terkira,

Hampirku terlena,

Dalam belaianmu,

Cintamu selembut sutera,

Menjadi saksi kasihku,

Tiada dua hanyalah satu,

Kau yang ku cintai.

Sekelumit cinta, segurun kerinduan,

Merempuhi ranjau duka,

Membara sehangat api,

Terhapus sepi di hatiku,

Seulas bibirmu, kelu tidak berkata,

Namun ada sesuatu,

Nur bisa dari matamu,

Terpancar cinta yang sejati.

Awan yang berarak,

Saujana membiru,

Cerahlah wajahmu,

Di rimba senduku,

Menjadi hamparan,

Cinta suci.

SUNGGUH INDAH


Sungguh indah gemersik lagu,
Memuji akan kebesaranMU,
Menjadi kebanggaan di sudut hatiku,
Kerana itu tanah airku.

Sungguh i ndah gemersik lagu,
Bersama lirik dan juga lagu,
Dibibir terukir senyumanku,
Kerana itulah negeriku.

Sungguh indah gemersik lagu,
Kesyukuran memanjat di doaku,
Semoga ia kekal selalu,
Di bawah payung restu rahmatMU.

FENDEI KENALI - KELATE KITO

Sebut kato negeri Kelate,
Penuh dengan seni budayo.

Sebut kato negeri Kelate,
Tanoh serendoh sekebun bungo,
Tepak molek sereto come,
Penuh dengan seni budayo.

Selapik teri de woye gamba,
Dikir barat, mokyong, menogho,
Rakyat hidup bersuko hila,
Bowoh naunge Duli Ye Mulio.

Bilo mano pelacom maghi,
Sambut denge rebano ubi,
Ghama bena pelacong puji,
Negeri Kelate come sengoti.

Kalu hajat nok beli beloh,
Maghi Pasar Siti Khadijoh,
Wakahf Che Yeh terkenal sudoh,
Tepak pusat barange muroh.

Ado jere de ado pata,
Ado tepak nok suko rio,
Rata panje pak bebas cuka,
Ado blako serbo mokniko.

Monday, March 14, 2011

CUKUP SEKALI


Detik-detik yang berlalu,
Mencengkam rasa di kalbu,
Di saat rindu bertamu,
Tetapi hati di pamit pilu.

Kenapa aku jadi mangsanya,
Tatkala cintamu di tolak olehnya,
Baru ku sedar ku persinggahannya,
Bila dirimu kembali padanya.

Tiada air mata bercucuran,
Hanya sekadar sepalit senyuman,
Biar pun hati tidak tertahan,
Tapi itulah pengorbanan.

Bila ku jumpa dengan dirimu,
Keceriaan di hati mula bertamu,
Di saat itu janji hatiku,
Akan penuhi hajat di kalbu.

Ku terus menatap matamu,
Untuk mencari ketulusan hatimu,
Di saat dirimu luahkan segala,
Kesalahanmu yang telah berlalu.

Bukan intan bukan juga permata,
Untuk di nilai luar dalamnya,
Hanya sekadar persinggahan sahaja,
Itulah peranan aku sebenarnya.

Itulah pertemuan terakhir kita,
Tujuanku untuk menyerahkan segala,
Bukan pemberianmu tiada nilainya,
Kerana tak dapat aku menyimpannya.

Terima kasih di atas cintamu,
Walaupun cintamu cinta pertamaku,
Namun di hati tak dapat menerimamu,
Cukup sekali cinta bersatu.

KEPULANGAN - Razis Ismail

Berlari menuju ke muka pintu,
Seakan pasti suaramu,
Yang bergema,
Sayup-sayup mesranya memanggilku.
Berabad tak mendengar suaramu,
Berbisik manja kepadaku,
Yang terngiang,
Cumalah hanya kalimah pemutus cinta.
Gementar perasaanku,
Menyahut panggilanmu,
Dan demi pintu kubuka,
Di hadapanku seorang wanita,
Airmata bertitisan ke pipinya,
Yang cengkung dan layu tak bermaya.
Terharu ku mendengarkan nasibmu,
Semenjak kau meninggalkanku,
Apalah..daya diri,
Tiada kekosongan lagi.



KISAH & LAGU

NOVEMBER

Tanggal 23 NOv 2002,
Detik yang paling menyeksa jiwa,
Keinginanmu di sudahi dengan kata-kata,
Aku sentiasa mengiyakan sahaja.

Malam itu aku pula menyapa,
Untuk aku di sampingmu sentiasa,
Tanpa ku sedari aku terleka,
Menanyakan soalan yang tidak di duga.

Kenapa hidung ini tidak seperti sediakala?
Kenapa telinga ini juga?
Kamu menggosok lenganmu dan menanya,
Adakah aku mendengar akan geserannya?

Rupanya aku terlanjur kata,
Pertanyaanku membawa gelodak di jiwa,
Aku hanya mengangguk sahaja,
Sedangkan kamu menggeleng kepala.

24 Nov 2002,
Aku akan pergi seketika,
Kerana tidak boleh lama,
Pesanku agar sabar dengan dugaannya,
Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Malam itu dikau menitiskan airmata,
Aku mula sebak di dada,
Katamu kerna tak dapat menyediakan segala,
Kelengkapan untuk hari raya.

25 Nov 2002,
Tangisan di hati tidak dapt di seka,
Bila kamu menutur bicara,
Bila hari menjelang tiba,
Katamu pasti sudah tiada.

26 Nov 2002,
Aku menatapmu sambil menyapa,
Berjanji untuk kembali semula,
Namun matamu sedikit terbuka,
Cukuplah membuat hatiku lega.

Detik 8.45 malam hari Selasa,
Kamu meninggalkanku tanpa kata,
Disaat pemergianku buat seketika,
Tapi kamu pergi buat selamanya.

Allahyarham Awang bin Mustapha
26 Nov 2002
Selasa 15 Ramadhan
(nemo_cheeky@yahoo.com)

SUDIRMAN - SALAM TERAKHIR

Sampaikan salam, buat semua,
Salam terakhir, salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Pada teman yang ku kenang,
Pemergianku ini tak di rancang.
Usah bertanya, mengapa aku,
Mengucap salam, terakhir kepadamu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan,
Melahirkan kerinduan terhadapmu.
Demi sebuah kenyataan,
Yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya,
Hanya berserah padaNYA.
Salam akhir,,
Salam yang teristimewa,
Bersamanya, ku memohon keampunan,
Melaluinya ku beri kemaafan kepadamu,
Andainya aku punya waktu,
Masihku ingin, mengulangi semula,
Saat indah bersamamu,
Sayang tak berkesempatan,
Abadikan saja salamku di ingatan,
Salamku yang terakhir.


Tahun 2011 Menjengah

Assalamualaikum kawan-kawan...

Dah lama aku tak join blog ni. Bukan sibuk, bukan juga bosan, tapi rangkaian yang memaksa aku untuk tidak terus bertahan buat seketika. Sepanjang tempoh aku menyepikan diri, begitu banyak kenangan yang aku dapat. Kenangan pahit dan kenangan manis itulah yang menjadikan penambah rencah dan rasa dalam kehidupan seharian.

Untuk kali ini, aku ada beberapa puitis untuk di kongsi bersama. Memandangkan ini adalah sebahagian hobi aku di tika luang. Aku cuba rungkaikan apa yang terpendam di sebalik hati aku nan satu ini. Namun ada juga yang tidak berkait langsung, hanyalah sekadar untuk bermadah. Selamat membaca. :)