Thursday, September 10, 2009

PTS Publication


Hari Selasa 8h lepas aku and the geng pergi PTS untuk interview salah seorang editor yang paling senior kat sana. Puan Nurulhilyati namanya, cantik manis, lembut dalam tutur kata. Pendapat peribadi aku, aku senang sekali bila menemuramahnya hari tu. Aku temuramahnya adalah untuk melengkapkan assignment group dalam subjek Analisis dan Penyuntingan Teks. Dalam subjek ni kitaorang perlu bertanyakan secara lebih detail mengenai pengalaman editor dan segala apa yang lebih terperinci termasuk butir diri, part of job, dan banyak lagi. alhamdulillah kerjasama yang diberikan dapat menambahkan input2 yang menarik dalam kerja kitaorang nanti.

Terdapat banyak buku-buku ilmiah di sini.



ALHAMDULILLAH...Dapat Balik Kampung

Hari ni adalah hari yang paling gembira buat aku, apa taknya, usha tiket raya dah lama, baru hari ni dapat.. Alhamdulillah, aku berterima kasih banyak2 kat adik Mohd Zaimi Abdullah. Dia yang tolong aku setelkan saat genting aku bila aku dapat berita yang tiket sudah pun dibuka, tapi habis terus hari tu juga. Dengan pertolongan adik Mie, dia terus bergegas ke stesen keretapi Wakaf Bharu untuk mengesahkan tiket yang didakwa habis.

Bagai diawang-awangan aku bila dia kata tiket 17hb dah habis. Tapi ada tiket 18hb, sekeping je, terus aku suruh dia beli. Kalau tak memang tak balikla, hari ni aku baru terima tiket yang dia pos tu, suka dan bersyukur sangat2..Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Mie, terima kasih Ya Allah...

AKTIVITI SEBELUM INI..

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 seagama... dah lama benar aku tak update aku punya blog ni, maklumlah banyak sikit kerja yang perlu disiapkan sebelum raya ni.

Aku kongsi aktiviti sepanjang aku tak updatekan blog ni. Lepas sahaja aku habis pra praktikum 3hb Jun 2009, aku bertolak balik kampung kat Kelantan, pada 8hb tu kakak Rosmaini aku bertunang, sehari lepas tu kitaorang bertolak ke Penang untuk mencari nafkah untuk tambahkan pendapatan. Bukannya apa, aku jenis tak suka melangut kat rumah lama-lama tambahan pula tak ada income, lau ada income tak kisah..hehehehe. Azam aku bukannya apa, saja nak tambahkan pengalaman disamping nak tukar hanset lame aku yang dah screen lamp nya tak berfungsi tu.

Selama tempoh kerja kat Penang aku kerja sebagai operator pengeluaran, aku tak kisah apa pun kerja asalkan halal, memandangkan yang aku belum lagi grad jadi aku terima. Andainya aku lepasan grad pun, aku takkan tunggu kerja yang bersesuaian dengan aku untuk tempoh yang lama, sebaliknya aku cuba untuk mencari peluang mendapatkan kerja untuk menampung keperluan seharian aku. Boleh la aku simpan sikit-sikit buat perbelanjaan bila dapat kerja baru nanti.

Aku kerja kat Penang sebulan cukup-cukup, gaji yang aku dapat dalam tempoh 20 hari aku kerja sebanyak RM780, alhamdulillah, boleh la aku buat perbelanjaan untuk buka semester baru ni. Memandangkan yang hanset aku pun dah uzur, malam-malam kalau nak bermesej, mesti aku pinjam hanset kawan aku untuk pantulan cahaya bagi membantu aku baca mesej kat hanset aku tu, aku belilah hanset baru.

Alhamdulillah, hanset pertama dan yang kedua aku beli ni adalah hasil daripada hasil titik peluh aku sendiri tanpa bantuan kewangan daripada sesiapa. Aku harap apa2 yang berkaitan dengan kehendak aku, aku akan cubakan selagi termampu.