Friday, March 27, 2009

TAWAKKAL JE LA...

March, 26 2009

Hari ni aku pergi interview kat Bernama 24, lapan orang semuanya. Kami bertolak ke Bernama pukul 8.30 pagi dengan van kampus. Aku dan kawan-kawan aku ni semua dah nampak gelabah, tak tahulah setakat mana diaoran boleh control, cerita pasal aku ni memang tak boleh nak cakaplah, kalau gelabah sangat aku akan diam aje tadi, nak baca pun dah tak boleh dah. Dengar kawan-kawan aku bincang je, tu pun ¼ yang masuk, yang lain cam masuk telinga kanan keluar telinga kanan gak. Kalau aku cakap keluar telinga kiri mestilah lekat juga kat otak aku ni.

Sampai aje kat sana pukul 9.45pagi, aku dan kengkawan terus naik tingkat 15, sebab info yang kitaorang dapat memang macam tu, tup,tup, kena trun tingkat 4. Bila dah masuk dalam tu aku dan kawan-kawan ditempatkan diruang menunggu.

Interview session tu makan masa lebih kurang setengah jam seorang. Aku ni apa lagi, sejuk habis kaki dan tangan nak tunggu trun aku yang last tu. Masa masuk interview tu aku intro la sikit pasal diri aku ni, tak boleh nak terlalu detail sangat coz tu bukan minggu suai kenal, heheheh..

Aku cakap aje yang mana patut, malam sebelumnya tu aku dah baca etika nak interview, yang paling lucunya aku bawa aje semua edisi newspaper yang kitaorang dah buat nak menebalkan file aku yang tak seberapa tebal tu.

Dalam file tu hanya ada resume aku, lain2 dokumen pelajaran semuanya fotocopy, biarlah dia nak kata apa pun. Yang penting ada, hehehe.

Bila dah bawa USIM TODAY tu, faham2ah, diaorang tak banyak sangatla tanya mengenai latarbelakang companynya sebaliknya tahu apa yang aku dapat daripada hasil kerjasama kitaorang dalam USIM TODAY. Aku cakaplah apa yang aku ingat.

Satu soalan yang paling famous dikalangan kitaorang ialah, “Agak-agak awak kami akan terima tak awak untuk syarikat kami”, aku macam tak yakin, jadi aku jawab “Saya tak yakin, tapi jika saya diterima di syarikat tuan, saya akan berusaha dengan sebaiknya”, tu lah kata2 aku, tak taulah macam mana, tawakkal je.

Yang menambahkan kurang keyakinan aku ialah penemuramah kitaorang cakap nak tiga orang je daripada lapan. Masa tu memang aku dah tak yakin dah, cakap main cincai je, jadi rojak bahasa dah, kadang2 in Engish, kdg2 Malay. Tak tau lah macam mana keputusan yang aku terima seminggu lag. Kitaorang difahamkan sekiranya nama tidak tercalon faham2 lah maksudnya macam mana.

Friday, March 6, 2009

AKU CINTAMU YA RASULULLAH...

Alhamdulillah...
Leganya aku, dah lama aku x berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad saw. Bukan bermaksud aku x pernah menyebut dalam sehari, tp aku tidak berapa menghayati tentang kisah sebenar Rasulullah saw...betapa Aku berdosa padamu Ya Allah...kerana terlupa sejenak untuk mengingati kekasihMu itu.

Nabi Muhammad adalah seorang diantara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia. dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad saw adalah Rasul utusan Allah swt yang menjadi 'pemberi peringatan', mula2 bagi bangsa arab, dan kemudia bagi seluruh umat manusia.

Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa2 serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah swt dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda.

Rasulullah saw ialah contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Azhaab ayat ke 21: "Demi sesungguhnya, adalah yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik dihari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak2 (dalam masa susah dan senang)".

Cerita yang paling menyentuh hati aku ialah, dalam satu peristiwa setelah Nabi saw wafat, Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan. Bagaimanapun, setelaha didesak oleh orang ramai termasuk Saidatina Fatimah ra, akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.

Ketika azan dikumandangkan dan samapai kepada "asyhadu aan Muhammad.." suara Bilal terhenti. Kemudian suaranya tersekat-sekatdan beliau menangis semahu2nya. Nama "Muhammad" kekasihyang baru sahaja kembali kepada Rabbul Izzati, menggetarkan jantung Bilal. Bagi Bilal, beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.

Ni baru penghayatan yang aku dapat, tp sekiranya aku ditempat Bilal, aku betul2 memanjat kesyukuran kerana aku diberi peluang untuk mengenali Rasul dengan lebih dekat dan mungkin aku tidak sejauh sekarang. Namun aku juga pasti menyembah bumi meratapi kewafatanmu Rasulullah. Walau apapun, aku tidak menyalahi sekarang, malah aku turut juga bersyukur kerana sebelum baginda wafat, baginda masih lagi menyebut umatnya dan juga meninggalkan Al-Quran dan Sunnah, sebagai bekalan..Betapa besarnya kasih sayangmu pada kami Ya Rasulullah. Aku memohon kehadrat Illahi semoga aku sentiasa dijalan yang benar, dan sentiasa dibawah kerahmatanMu...Aminn...

Wednesday, March 4, 2009

TEKA TEKI...JOM UJI MINDA!!!!!

1: Dalam banyak2 jam, jam apa yang paling besar?
2: Ada seorang imam, tengah sembahyang, lepas tu ada seekor anjing menjilat kakinya, batal x sembahyang imam itu?
3: Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan...apa dia?
4: Dalam banyak2 kotak, kotak ape yg x boleh angkat?
5: Masuk batang keluar air?
6: Bila masuk ia menegak, Bila keluar ia lembik..
7: Selak kain nampak bulu, selak bulu nampak biji, selak biji nampak batang.
8: Bila sarung elok sahaja, bila tanggal bergulung2..
9: Masa tidur dia bangun, masa bangun dia tidur..
10: Apa benda bila dipotong xkan putus?
11: Dalam banyak2 kunci, kunci ape banyak huruf?
12: Bila masuk tersenyum simpul, bila tanggal berduka lara..
13: Pen ape bila ditulis x berbekas?
14: Lesung ape bila ditumbuk x lumat, di ketuk x hancur?
15: bila tersenyum dia berlubang?

jawab,,,jangan x jawab...hehehe

Answers:
1- jambatan
2- x batal, sebab anjing tu jilat kaki dia, bukan kaki imam tu...hehehe
3- lilin
4- kotak penalti
5- mesin tebu
6- stoking
7- jagung
8- spender...huahuahua..
9- kaki
10- air
11- keyboard
12-
13-
pendrive
14- lesung pipit
15- gigi rongak..hehehe..