Thursday, December 31, 2009

Rindu Kawan-Kawan





Kenangan bersama kawan-kawan dalam menyiapkan satu dokumentari yang bertajuk Ikan Sangkar Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan.


Bersama Istana Pasir yang dibuat bersama di Port Dickson pada 31 Ogos 2007



Ketika membawa watak sebagai isteri muda dalam pementasan Bomoh vs Doktor pada 4 Ogos 2008



Bersantai bersama kawan-kawan di Pusat Bowling Berjaya Times Square, pada 7 Januari 2009.


Lost World of Tambun, Perak menjadi destinasi taman tema yang kitaorang pilih (030109) dalam menambahkan lagi kenangan manis bersama.


Majlis perpisahan selepas berjaya menamatkan coverage suratkhabar universiti.


Bergaya ketika menguruskan MIST pada 220709.



Beraya sambil menyiapkan kertas kerja subjek Teknik Fotografi (Photo Essay) yang bertemakan Celebration. Lokasi: Tanjung Karang, Kuala Selangor.


Sesi bergambar beramai-ramai bersama kawan-kawan tersayang sebelum berpisah.


Kenangan bersama kalian sentiasa terpahat di hati dan semoga hubungan kita berkekalan. Aminnnn...

Thursday, December 24, 2009

Cuti-cuti Malaysia..

Sempat lagi berposing kat depan Zoo

19 Disember 2009

Hari ni selepas bangun aje dari tidur aku mula merengek. Ni bukan rengek macam baby tapi rengek orang tua. hehehe.. Bukan aku sahaja, tapi kawan-kawan yang lain pun sama. Bukannya apa, K.G dan K.Yat keluar. Tinggal kitaorang berempat jelah kat rumah. Rancang punya rancang kitaorang buat keputusan pergi 'dating'. Biasanya, time cuti orang lain keluar dating dengan suami atau p.we tapi kitaorang pula dating dengan????????


Ni 'p.we' yang comel.

'P.we-p.we' kat sini bermacam-macam bentuk fizikalnya, ada yang kurus, ada yang gemuk, ada yang panjang dan ada juga yang kontot. nak kenal?????

'P.we' yang ni memang yang paling menyengat punye...

Ni ' p.we' yang tinggi lampai. 'Hensem' x?


Yang ni yang paling nakal sekali... tengokla tu...

Tuesday, December 22, 2009

Titik Permulaan Hidupku...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Bertemu lagi kita, hari ni aku nak berkongsi sedikit suka duka aku sepanjang tempoh aku membisu untuk kesekian kalinya. Aku ditempatkan di Cawangan Perhubungan Awam Aras 7 pada minggu kedua bulan Disember 2009.

My 1st perception terhadap cawangan adalah dari segi pekerja-pekerja, disini semuanya ramah-ramah manakala dari segi persekitaran pula sedang di baikpulih ekoran daripada sistem 6s yang sedang berkuatkuasa. Secara tidak langsung aku turut sama menjayakan realisasi ini.hehehe...

Selain daripada itu, aku di tugaskan untuk mengemaskini teks Ucapan oleh Ketua Pengarah Kastam dalam Mesyuarat Kastam Se Malaysia lalu. Sebenarnya banyak perkara yang aku tidak dapat laksanakan dengan baik ekoran daripada perbezaan program yang di ambil, tetapi input-input baru yang aku dapat ini merupakan satu subjek yang baru bagi aku. Tidak semua perkaranya adalah berbeza, cuma dari segi olahan ayat yang sedikit berlainan dalam memberikan watak yang berkesan...hehehe. Walaubagaimanapun banyak juga subjek yang aku pelajari ketika di kampus aku terapkan di sini termasuklah dari segi editing dan penyampaian yang tidak terlalu redundant dalam bentuk penulisannya.

Selain daripada itu, sikap yang sedikit berani mencuba juga banyak memberikan aku membuat pelbagai kerja yang diberikan dan sekaligus menambah pengetahuan aku tentang organisasi di Cawangan ini.

Tak ada duka pun kat sini buat masa ini. Harapan aku semoga di hari yang mendatang aku dapat merealisasikan diri, pelajaran dan juga praktikal ke arah kecemerlangan tanpa duka-duka yang tercalit... amin...


Wednesday, December 2, 2009

Tempoh Sepanjang Aku Bercuti dari Meng'update'kan Blog ni

12,13,16 & 18 November 2009

Tarikh ni adalah tarikh aku menduduki final exam
. Boleh jawab ke tak ye? tak taulah. Aku dah usaha sedaya mungkin. Selebihnya, tawakkal pada yang Esa. Harap2 aku dapat yang terbaik. Dengan berakhirnya final exam maka berakhirlah aku belajar kat USIM ni. Tinggal masa untuk hadapi praktikal je.

25 November 2009

Hari ni kakak aku dah pun selamat di ijbakabulkan dengan pasangannya. Kak Rosmaini namanya, aku panggil k.ni je.. umur 26,hehehe, siap bagitahu lagi tu. Majlis kahwinnya nak cakap meriah sangat tu tak adalah, ala kadar je. Sesuai dengan kemampuan kitaorang. Ni gambar diaorang.



30 November 2009

Aku selamat sampai ke sini balik setelah berehat untuk sekian lama di kampung. Kejap je aku cuti, sedih-sedih gak, tapi nak buat macam mana. Aku ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Malam sebelum bertolak tu kakak aku dengan abang ipar baru yang hantarka kat TESCO Kota Bharu. Masa dalam perjalanan k.Zety cakap rumah yang kitaorng nak disewa tu ada masalah, kitaorang dah mula gelabah dah coz fikir nak bermalam kat mana nanti.


1 December 2009

Hari pertama aku mula menjalani praktikal. Aku praktikal kat Putrajaya, Presint 2, Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Uniy Perhubungan Awam (UPA). Masa ni aku tak buat apa-apa pun, duduk je kat library. Sampailah aku tetidur sebelum balik, xyah ceritalah, malu wei.

2 December 2009


Ha... hari ni lah aku baru nak update aku punya blog. Hari ni aku tak buat apa-apa lagi. Melangut lagi lah jawabnya. Tapi, aku dapat search internet, sekurang-kurangnya, aku taklah boring sangat. erm, agi ni aku tak ada apa cerita lagi, sebab awal lagi, nak cakap ada kerja yang kena buat tu memang tak ada, kira tak menarik sangat ceritanya.