Thursday, September 10, 2009

AKTIVITI SEBELUM INI..

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 seagama... dah lama benar aku tak update aku punya blog ni, maklumlah banyak sikit kerja yang perlu disiapkan sebelum raya ni.

Aku kongsi aktiviti sepanjang aku tak updatekan blog ni. Lepas sahaja aku habis pra praktikum 3hb Jun 2009, aku bertolak balik kampung kat Kelantan, pada 8hb tu kakak Rosmaini aku bertunang, sehari lepas tu kitaorang bertolak ke Penang untuk mencari nafkah untuk tambahkan pendapatan. Bukannya apa, aku jenis tak suka melangut kat rumah lama-lama tambahan pula tak ada income, lau ada income tak kisah..hehehehe. Azam aku bukannya apa, saja nak tambahkan pengalaman disamping nak tukar hanset lame aku yang dah screen lamp nya tak berfungsi tu.

Selama tempoh kerja kat Penang aku kerja sebagai operator pengeluaran, aku tak kisah apa pun kerja asalkan halal, memandangkan yang aku belum lagi grad jadi aku terima. Andainya aku lepasan grad pun, aku takkan tunggu kerja yang bersesuaian dengan aku untuk tempoh yang lama, sebaliknya aku cuba untuk mencari peluang mendapatkan kerja untuk menampung keperluan seharian aku. Boleh la aku simpan sikit-sikit buat perbelanjaan bila dapat kerja baru nanti.

Aku kerja kat Penang sebulan cukup-cukup, gaji yang aku dapat dalam tempoh 20 hari aku kerja sebanyak RM780, alhamdulillah, boleh la aku buat perbelanjaan untuk buka semester baru ni. Memandangkan yang hanset aku pun dah uzur, malam-malam kalau nak bermesej, mesti aku pinjam hanset kawan aku untuk pantulan cahaya bagi membantu aku baca mesej kat hanset aku tu, aku belilah hanset baru.

Alhamdulillah, hanset pertama dan yang kedua aku beli ni adalah hasil daripada hasil titik peluh aku sendiri tanpa bantuan kewangan daripada sesiapa. Aku harap apa2 yang berkaitan dengan kehendak aku, aku akan cubakan selagi termampu.

No comments: