Tuesday, January 13, 2009

AWAK PILIH ANTARA SAYA ATAU DIA...


Kebaikan beli kereta baru:

1 tidak perlu memikirkan soal maintainance keadaan memandangkan kenderaan dalam keadaan sangat baik.

2 Bahkan mungkin anda dapat berjimat peruntukan penyelenggaraan selama setahun dua.

3 dapat memilik model yang terkini dipasaran

4 tempoh pinjaman sewa beli kenderaan lebih panjang berbanding kenderaan terpakai.

5 tidak perlu teragak2 atau takut tertipu dengan keadaan kenderaan. Misalnya mungkin kenderaan itu prnah mengalami kemalangan atau tenggelam banjir dan sebagainya lagi.

Kebaikan beli kenderaan terpakai

1 harga lebih murah apatah lagii jika ingin memiliki kereta jenama mewah.

2 kereta biasanya sudah sedia cantik setelah diubah suai oleh pemilik terdahulu.

3 praktikal untuk mereka yang gemar untuk bertukar2 kereta kerana sekiranya membeli kereta baru, harga kereta akan turun dengan banyaknya walaupun baru beberapa bulan dipakai.

4 dapat memiliki kereta idaman dengan harga yang lebih jauh rendah berbanding jika dibeli first hand.

TIPS RINGKAS SEBELUM MEMBELI

1 Pertama sekali pemeriksaan seharusnya dilakukan pada siang hari dan di dalam keadaan cuaca yang baik.

2 periksa dibahagian bawah kenderaan. Gunakan sesuatu yang keras seperti pemutar skru untuk mencucuk dan mengikis lapisan lantai dan tempat2 berongga.

3 periksa sekiranya terdapat kebocoran atau kesan karat.

4 gunakan magnet dan lalukan diatas permukaan yg didapati terdapat kesan disembur atau dibaiki. Sekiranya magnet tidak melekat pd sesuartu bahagian, berkemungkinan ianya ditutupi dengan fiberglass atau sejenis penyumbat.

5 periksa sepanjang paip ekzos sekiranya terdapat pengaratan atau kebocoran.

6 Periksa setiap unit penyerap hentakan sekiranya terdapat kebocoran

7 Pada bahagian dalam kenderaan angkat permaidani. Cat seharusnya bersih dan tidak ada kesan karat serta permaidani dan lantai dalam, seharusnya berkeadaan kering.

No comments: