Tuesday, December 22, 2009

Titik Permulaan Hidupku...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Bertemu lagi kita, hari ni aku nak berkongsi sedikit suka duka aku sepanjang tempoh aku membisu untuk kesekian kalinya. Aku ditempatkan di Cawangan Perhubungan Awam Aras 7 pada minggu kedua bulan Disember 2009.

My 1st perception terhadap cawangan adalah dari segi pekerja-pekerja, disini semuanya ramah-ramah manakala dari segi persekitaran pula sedang di baikpulih ekoran daripada sistem 6s yang sedang berkuatkuasa. Secara tidak langsung aku turut sama menjayakan realisasi ini.hehehe...

Selain daripada itu, aku di tugaskan untuk mengemaskini teks Ucapan oleh Ketua Pengarah Kastam dalam Mesyuarat Kastam Se Malaysia lalu. Sebenarnya banyak perkara yang aku tidak dapat laksanakan dengan baik ekoran daripada perbezaan program yang di ambil, tetapi input-input baru yang aku dapat ini merupakan satu subjek yang baru bagi aku. Tidak semua perkaranya adalah berbeza, cuma dari segi olahan ayat yang sedikit berlainan dalam memberikan watak yang berkesan...hehehe. Walaubagaimanapun banyak juga subjek yang aku pelajari ketika di kampus aku terapkan di sini termasuklah dari segi editing dan penyampaian yang tidak terlalu redundant dalam bentuk penulisannya.

Selain daripada itu, sikap yang sedikit berani mencuba juga banyak memberikan aku membuat pelbagai kerja yang diberikan dan sekaligus menambah pengetahuan aku tentang organisasi di Cawangan ini.

Tak ada duka pun kat sini buat masa ini. Harapan aku semoga di hari yang mendatang aku dapat merealisasikan diri, pelajaran dan juga praktikal ke arah kecemerlangan tanpa duka-duka yang tercalit... amin...


No comments: