Friday, May 29, 2009

NI NAK CAKAP APA SEBENARNYA?

Alhamdulilah...
Aku baru je siap mengadap rezeki Allah. Hari ni aku makan nasi + ayam masak merah, beeeeeeessssssssttttttt. Alhamdulillah. Tapi lepas makan aku rasa cam perut aku berlipatla bila tunduk.. Ala.. tak syok la. Mesti dah tak cantik dah perut ni tak macam dulu...wakakakaka.. nak cakap jugak yang perut aku yang dulu tu cantik..hehhee. Perasan tol.

Hari ni aku sibuk sikit. siapkan artikel untuk Prof Pengarah bahagian Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat. Banyak juga la yang perlu diselesaikan tadi. Sekarang ni dah pun setel, Cuma kejap lagi aku kena jumpa dengan Prof sendiri la nak bincang pasal ni, aku harap kesalahan tu tak banyakklah, lagipun hari ni da last aku pra praktiku kat sini. Alhamdulillah, dah cukup 3 minggu aku stay di bahagian korporat ni.

Kalau dulu aku teringin sangat nak jumpa sendiri orang-orang besar universiti aku ni, tapi sekarang makan pun kadang2 sama, bukan semejala hehehe. Apa2 pun Alhamdulillah, layanan diorang ok.

Semalam kitaorang dipanggil budak kecik, kecik sangat ke? entahla labu. Oic, nak cakap pasal perut yang dah terasa berlipat ni dah melencong ke ain pulak. Biasala.. celoteh tetap celoteh.

P/S: Cuba korang bilang dalam sehari banyak mana topik yang dibualkan setiap hari? Ta terkirakan? Asal je buka mulut, dari satu topik ke satu topik seterusnya yang majoritinya tak berkaitan langsung dengan topik pertama dibualkan. Macam text aku yang ni la,heheh. Kita didunia perlu beramah, tapi jangan terlebih peramah.

No comments: