April 10, 2009
Hari ni aku pergi kampus, madam Yat telefon suruh datang sana pukul 11.30 pagi, nasib baik aku dah mandi, tak la kelam kabut sangat coz masa tu dah pun pukul 10.30 pagi, jadi aku hantar msg kat semua kawan-kawan group aku. Ada kerja tampal menampal katanya
Sebenarnya, pada April 8, 2009 lepas kitaorang dah ada 1st meeting (MESYUARAT JAWATANKUASA PROMOSI SEMINAR MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009) dah. Tapi kitaorang lewat sikit, nasib baik madam tak marah, hehhe.. lepas meeting tu En. Faizal telefon aku suruh pergi bilik dia, bila minta kebenaran Madam, dia tak bagi coz suruh makan dulu, jadi aku ngap la dulu, hehhee.. masa ngah sedap cedok sup, En. Faizal datang, segan silu la aku, coz aku msg kat En. Faizal kata Madam Yat tak bagi keluar lagi, tp memang betul. En. Faizal tak marah, dia beritahu yang USIMTODAY ada masalah, lepas bincang kejap, aku pun ngap.
Berbalik pada cerita hari ni, Aku, K.Long, K.Ya, K.Amy, Zila & Najwa berkumpul kat bilik madam. Kitaorang diberi tugas menampal Date n Email dalam borang seminar tu. Banyak jugala kerja tampal menampal ni. Tak boring kerja macam ni, bilik madam tu kitaorang buat macam bilik sendiri, apa tak nya, pasang radio kuat,,heheh, darah muda katakana, habis topic kitaorang bincang, tapi yang paling best, Madam Yat, En. Zaki dan En. Faizal sediakan makan & minum, walaupun hanya biskut Jacob’s rendah lemak dengan nescafe, sekurang-kurangnya dapat tampung perut kitaorang yang penuh dengan angin ni. Sempat lagi bergambar. Hari ni juga kawan aku bawa baju yang kitaorang tempah dulu. Kitaorang berkampung kat sana dari pukul 11.30 pagi sampai 5 petang baru siap. Alhamdulillah semua kerja ni dah siap, tunggu kerja lain pula, walaupun kitaorang di ambang Final Exam, Lec kitaorang takkan ganggu masa tu, diorang akan panggil kitaorang bila ada banyak gab.
Seminar Kebangsaan 2009 : Media dan Pemikiran Islam pada 21 dan 22 Julai 2009 bertempat di Hotel Equatorial Bangi ini dianjurkan oleh Universiti Aku, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Individu yang berminat untuk membentangkan kertas kerja dan menyertai seminar ini boleh menghubungi Cik Mazni Buyong, e-mel mazni.b@usim.edu.my, atau Norhayati Rafida Abdul Rahim, e-mel norhayati@usim.edu.my, atau layari aman web www.usim.edu.my/mist09.
Pssssttttt…Madam Yat panggil aku Laila, wakakaka, tergelak aku, memang nama aku, tapi kenangan kat sekolah rendah datang balik, Cikgu sains panggil aku- Ros, cikgu B.M panggil aku Laila, cikgu Mate panggil aku-Atu, kawan2 pula panggil aku Zuraida.
Bila datang sini balik nickname aku Ida, panggilan kat umah. Semalam Madam Yat tanya aku nama apa, aku cakap Roslailatu Zuraida, ari ni terus dia panggil aku Laila, tersipu2 gak depan kawan2.hehehe...kawan2 pun sengaja panggil aku Laila,, hehehehe..pepun aku tak kisah…asalkan ada dalam senarai nama aku.
No comments:
Post a Comment