Alhamdulillah...
Leganya aku, dah lama aku x berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad saw. Bukan bermaksud aku x pernah menyebut dalam sehari, tp aku tidak berapa menghayati tentang kisah sebenar Rasulullah saw...betapa Aku berdosa padamu Ya Allah...kerana terlupa sejenak untuk mengingati kekasihMu itu.
Nabi Muhammad adalah seorang diantara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia. dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad saw adalah Rasul utusan Allah swt yang menjadi 'pemberi peringatan', mula2 bagi bangsa arab, dan kemudia bagi seluruh umat manusia.
Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa2 serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah swt dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda.
Rasulullah saw ialah contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Azhaab ayat ke 21: "Demi sesungguhnya, adalah yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik dihari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak2 (dalam masa susah dan senang)".
Cerita yang paling menyentuh hati aku ialah, dalam satu peristiwa setelah Nabi saw wafat, Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan. Bagaimanapun, setelaha didesak oleh orang ramai termasuk Saidatina Fatimah ra, akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.
Ketika azan dikumandangkan dan samapai kepada "asyhadu aan Muhammad.." suara Bilal terhenti. Kemudian suaranya tersekat-sekatdan beliau menangis semahu2nya. Nama "Muhammad" kekasihyang baru sahaja kembali kepada Rabbul Izzati, menggetarkan jantung Bilal. Bagi Bilal, beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.
Ni baru penghayatan yang aku dapat, tp sekiranya aku ditempat Bilal, aku betul2 memanjat kesyukuran kerana aku diberi peluang untuk mengenali Rasul dengan lebih dekat dan mungkin aku tidak sejauh sekarang. Namun aku juga pasti menyembah bumi meratapi kewafatanmu Rasulullah. Walau apapun, aku tidak menyalahi sekarang, malah aku turut juga bersyukur kerana sebelum baginda wafat, baginda masih lagi menyebut umatnya dan juga meninggalkan Al-Quran dan Sunnah, sebagai bekalan..Betapa besarnya kasih sayangmu pada kami Ya Rasulullah. Aku memohon kehadrat Illahi semoga aku sentiasa dijalan yang benar, dan sentiasa dibawah kerahmatanMu...Aminn...

No comments:
Post a Comment