Friday, February 20, 2009

BUDAK BAIK...


Untuk subjek Pemberitaan dan Penulisan Rencana, kitaorang budak Journalism di beri tugasan mengikut wartawan dari mana-mana media, sama ada media bercetak ataupun media elekronik. Satu group 2 orang. Aku n k.Syahida memilih untk mengikut wartawan dari Utusan.

Seperti yang tak dijangka, kitaorang terpaksa berpecah kerana diaorang dah letak nama kitaorang untuk wartawan yang berbeza. Cerit
a tentang pengalaman aku jni, bila dah sampai di Utusan Company, aku mula kenalkan diri pada wartawan yang aku akan ikut. Pada mulanya, aku konfius juga coz dia tak mengaku yang namanya En Hatta Wahari, aku pun peliklah coz dia cakap En Hatta tu kat sebelah dia, Chinese man, tanpa segan silu, aku pergi la kat Chinese man tu, dia ni memang baik sangat. Dia cakap bukan dia tapi yang tadi tu, apalagi, En Hatta tu gelakkan aku, rupa2nya aku dah pun di buli, aku pun bengang la, aku cakap, “Janganla main2”, hehehe, last sekali dia pun ngaku la. Dia cakap tu baru sikit.hehehe. Aku pun satu, ikut je cakapnya, yela, aku kan budak baik. Huhuhuhu..

Lepas aku perkenalkan diri dan cakap tujuan aku tu, dia pun tunjuk cara2 nak jadi reporter, sebelum nak buat liputan dia gtau yang kita kena tahu dulu apakah isu yang timbul. Masa tu aku ikut En Hatta pergi cover pasal Pemansuhan Plaza Tol PSJ 2. Dia suruh aku baca news sebelum ini pasal Plaza Tol tu. Katanya kita takkan lari dari topik yang sebenar bila buat liputan nanti.


Pukul 3 petang aku sampai di Majlis Penutupan Plaza Tol PSJ 2. Suasananya membuatkan aku takut sangat2 sebab semua parti ada dan kawasan kat sana jammed teruk. Aku tengok ramai crew dari semua media sudah pun menanti. Majlis Pemansuhan tu diluluskan oleh Menteri Kerjaraya masa tu Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed. Lepas tu, dia terus balik tanpa membuat siang akhbar.

Masalahnya disini, macam mana nak dapatkan maklumat lebih mendalam untuk dimuatkan dalam berita nanti? Aku Tanya la En Hatta, dia cakap kita mesti kreatif seperti contoh, cari alternatif lain.

Lepas kitaorang makan, terus balik Utusan. Setelah sampai, kitaorang pergi solat kejap, lepas siap, En. Hatta dah pun siapkan berita tu, cepat betul, tak sampai 30 minit, pepun aku Tanya juga, macam mana nak susun flow yang baik, dia ajar semua. Aku seronok sangat coz banyak yang aku dapat timba pengalaman masa ikut Utusan’s Reporter hari tu.


Terima kasih pada semua.

Pppppsssssssssssttttttttttt…. Sempat lagi bergambar dengan En Hatta.

Monday, February 16, 2009

KATA-KATA MUTIARA

" Apa yang kau tanam haruslah sama apa yang kau dapat, kamu tidak dapat mengharapkan akan panen beras yang baik bila yang kau tanam benih-benih rumput. "

" Kamu tidak dapat menghambat jalanya sang waktu. "

" Sedikit lebih baik dari pada tidak sama sekali. "

" Hidup ini harus ada suatu kejujuran, tanpa kejujuran hidup terasa hampa. "

" Jujur dalam perkataan harus pula sama jujur dalam hati dan perbuatan. "

" Hidup tanpa cinta berarti merana, tapi merana tanpa cinta berarti khayalan. "

" Janganlah cinta membuat kita lupa segalanya, namun bila patah hati, barulah kita ingat pada yang terlupakan. "

" Sinar pijar membuat kita senang, tapi sinar kehancuran membuat kita putus asa. "

" Hidup ini jangan putus asa, bila putus asa khan sia-sia dalam hidup ini. "

" Hidup ini tak khan ada, kalau tak mengerti arti kehidupan. "

" Hidup harus ada keyakinan, Hidup tanpa kenyakinan berati sia-sia dalam hidup ini. "

" Jangan bercinta kalau tak ingin patah hati. "

" Patah hati juga membuat kita rindu. "

" Bayarlah hutangmu selagi sedikit. "

RENUNGAN BUATMU TEMAN...

DOA WUDUK

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. "Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......" Setulus Hati..

CINTA KEPADA ALLAH ITULAH YANG HAKIKI

Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tangah, yang penuh tantangan, hempasan dan gelombang dan siapa saja ingin mengarunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaithan dan hempasan nafsu, insya Allah kita akan sampai kepada tujuan yaitu: cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya.
Adapun cinta kepada makhluk-Nya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Bukan karena bujuk rayu setan, bukan pula karena desakan nafsu yang menggoda.
Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cinta-Nya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 hal yang menyebabkan orang mencintai Allah swt:

1) Membaca Al-Qur'an dan memahaminya dengan baik.
2) Mendekatkan diri kepada Allah dengan shalat sunat sesudah shalat wajib.
3) Selalu menyebut dan berzikir dalam segala kondisi dengan hati, lisan dan perbuatan.
4) Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
5) Menanamkan dalam hati asma dan sifat-sifatnya dan memahami makna.
6) Memperhatikan karunia dan kebaikan Allah kepada kita.
7) Menundukkan hati dan diri ke haribaan Allah.
8) Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam saat orang lelap tidur.
9) Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka 10)Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.

Wednesday, February 11, 2009

FRIENDS ARE FOREVER

Hi! friend thanks a for adding me as friend. I hope that our friendship will be everlasting. •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸Some friends are like a Flower•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ and when they finally bloom•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸they wilt away•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ in just one day •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸and some times just by noon•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ Some friends are like a cloudy day •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ and when the sun's in sight•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ it gets blocked by the grayest cloud•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ and day turns into night•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ Some friends are like a maple tree•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ and with the slightest breeze•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸the coloured leaves•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ they all come loose•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸and float away with ease•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ Some friends are like a circle•.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ for thet are always ture •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ I know i have a Friend like that and YES •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸ that friend is you •.¸¸.•♥´¨`♥•.¸

Tuesday, February 10, 2009

CAMPUS QUIRK

Yang aku cerita ni rasanya bukan pelik tapi lawak sikit, yang pelik nanti aku bagitahu. Ceritanya macam ni, ade satu hari tu, aku pergi bilik salah satu kakitangan kampus aku ni, aku tak nak cakapla samada dia tu stuff/technicians atau lec. Korang fikir2 la sendiri, kalau time tu korang ada sekali dengan aku, mungkin korang tau,,huhuhu.. ok, kita balik pada cerita aku tadi. Masa tu kitaorg rujuk kat dia nak dapatkan password library online, dah dia cadangkan suh cari je kat library sendiri aku tak dapat, nak masuk yang online punya password pula aku tak tau, nak dijadikan cerita dia nak tolong tepon untuk dapatkan passwordnya. Kitaorg tunggu jela, masa tu dia angkat gagang telefon, and than dia tekan nombor kat keyboard pc nya, aku dan kawan2 macam pelikla, masa tu refleksi aku n kawan2 cam buat tak tau lagi, pastu aku tengok balik, aku terkejutla, masa tu aku kat belakang dia, aku n kawan2 masing2 terlopong n nak tegur tak tergamak pula, punyalah control kitaorg nak gelak, dalam perut memg tak tau nak cakap apa dah..macam nak pecah jadinya. Mgkin dia baru aje perasan yang dia tekan keyboard, secara x sengaja terus dia cakap, “ape ke bodoh saya ni”,katanya.
Aku n kawan2 dah tak boleh nak tahan dah, hanya mampu tersengih macam kerang busuk, takkan nak gelak beb, nanti dihalaunya kitaorg kua x ke naya 2. pas je kitaorg kua, apa lagi, gelak sakan la, lau la de karpet baldu kat lua tu, memg aku pasti terguling2 dah gelak. Nasib baik xde, sampai terduduk je kitaorg gelak.

Nak dijadikan cerita, sem ni pulak kawan aku cerita pasal dia lagi, masa tu dia nak tunjukkan resume, masa tu aku ada sekali tp aku memang tak tau yang resume tu dah ada atas meja dia, nak dijadikan cerita, resume tu memang ada atas sekali dalam banyak2 kertas atas meja dia tu. Dia cakap nak tunjukkan kat kitaorg, dia dah pegang susunan kertas tu, dia cakap, “tadi saya ada nampak resume ni, tapi kat mana ye?”,katanya. kawan aku ni pelikla, dia tengok yang atas skali yang dibelek2 oleh kakitangan ni dah resume, tapi masih mencari2 kat helaian bawah, bukan main kalut lagi mencari, last2 skali memg x jumpa katanya. Lepas keluar member aku cerita, dia kata, "aku nampak dia pegang dah resume tu, yang peliknya, xkan dia x perasan, coz dah banyak kali dia pegang, lagipun dengan penuh yakin lagi dia cakap ada letak kat situ, alih-alih, helaian bawah jugak yang dia cari.”,kata kawan aku.

Hehehe.. tula ceritanya. Yang pelik nak aku cakapkan kat sini ialah, dia x nampak atau di tak perasan..itu aku tak pasti..tolong aku explain kan apa masalah sebenarnya..

p/s korang jangan gelak tau. kalau korang dah tahu siapa kakitangan ni, senyap2 je la..huhuhu..

Friday, February 6, 2009

TSUNAMI IN MEMORIZE

Tanggal 26 12 2004…
Airmata rasa berlinang ingat peristiwa dahsyat…
Bencana alam gegaran sungguh kuat…
Tsunami dah datang semua yang Tuhan buat…

Bencana bumi melanda Samudera…
Yang Tuhan jadi pada manusia…
Nama diberi tsunami berbisa..
Ramainya mati seluruh Negara…

Kejadian Tuhan tidak dijangka…
Airnya pasang sekelip mata…
Banyaknya hilang harta benda..
Sehelai sepinggang hidup terseksa…

Beribu ribu jadi terkorban…
Terasa pilu mata memandang…
Ayah dan ibu anak tersayang…
Hilang begitu dibawa gelombang…

Ramainya hilang meninggal keluarga…
Belas kasihan tak berair mata…
Kejadian alam sungguh bahaya
Sampai sekarang tidak akan lupa

Mari bersatu kita doakan…
Ia berlalu dalam ingatan…
Apa yang perlu kita salurkan…
Sama membantu memberi sumbangan…