Wednesday, May 27, 2009

BUDAK TU NAK BELI BAJU RAYA UNTUK MAK DIA KOT..

Aku ingat lagi, masa tahun 2005 dulu, pertama kali aku bekerja. Masa tu aku baru lepas Exam STAM. 2 bulan je kerja, saja je nak cari pengalaman. Masa tu aku kerja Kilang je, di Seberang Prai Penang, area Bukit Mertajam tak silap aku, Kilang Mahlin. Gaji pun boleh tahanlah, sebulan cecah seribu lebih,kontrak memang mahal sikitlah. Bagi korang mesti murah kan? Bagi aku yang baru nak pegang duit sendiri ni teruja sangat2.

Nak dijadikan cerita, lepas dua bulan aku kerja tu, aku pun balik ke kampung. Masa tu dah nak sambut Hari Raya Aidil Adha. Aku dan kakak pergilah shopping apa yang patut untuk persediaan raya nanti. Aku tinggal kat rumah 6 ratus, aku bawa dalam 5 ratus macam tu lah, aku bagi kat mom aku, nak bagi dia rasa hasil titik peluh aku yang tak seberapa tu.

Sedang syok shopping, kitaorang bertolak balik, masa tu memang ramai sangat orang kat Kota Bharu tu. Lepas ambil duit dari purse aku , kitaorang pun bersesak2 nak naik bas. Bila dapat tempat duduk, aku tanyalah kakak aku nampak tak purse aku tu, dia cakap tak nampak, aku dah mula takut dah masa tu, yela, duit dalam tu ada banyak ratus lagi, hampir 3 ratus x silap aku. Kakak aku turun bas cari2 kat bawah. Aku pula cari dalam semua plastik yang kitaorang shopping tu tapi x jumpa.

Last sekali aku terfikir yang aku memang dah kena samun. Sebab seingat aku, ramai sangat yang tolak2 masa aku nak naik bas tu, kakak aku suruh aku redha jela coz memang dah x jumpa, masa tu aku tak adalah meraung2, cuma cemas je.

Kitaorang teruskan perjalanan balik, bila dah sampai kat Pasir Mas, ada orang call aku, dan tanya aku ada pergi kedai Buku Muda Osman tak, aku cakap tak. Pastu dia cakap purse aku ada kat kedai dia, barulah aku faham. Aku memang kena seluk beg, bukan seluk saku. Geram betul aku.

Esoknya kakak aku pergi balik untuk ambil purse tu dan aku dapati semua duit aku tak ada, nak menangis pun tak dapat dah. Ko tau apa yang tinggal dalam tu? IC, Kad Bank dan yang paling menyedihkan aku ialah duit satu sen.

Kakak aku tenangkan hati aku, dia cakap "HALALKANLAH, NAK BUAT MACAM MANA DAH, KEBETULAN ESOK DAH NAK RAYA, MUNGKIN DIA NAK BELI BAJU RAYA UNTUK DIA DAN MAK DIA KOT".. Aku senyap jelah..

P/S: Yang aku cerita ni sebenarnya aku nak cakap, aku tahu macam mana rasanya barang yang kita sayang kena rompak, memang kurang asam jawa tu. Pepun aku bersyukur sangat, sekurang2nya IC aku ada dan keselamatan aku ok.

BUATLAH KERJA ELOK SIKIT..

Yang ni aku nak sambung pasal perbualan aku dengan kakak yang aku mengadu kat dia pasal kes pecah masuk hari tu. Kakak aku ceritalah pengalaman dia yang kena pecah masuk juga. Katanya, masa tu kakak aku tidur kat biliknya, laptop ada kat atas katil di kepalanya, mungkin mata perompak tu rabun atau dia tak nak kacau kakak aku tidur tu tak tahulah aku, alhamdulillah, perompak tu tak ambil laptop tu. Yang kawan dia pula, perompak tu ambil, antara barang-barang yang hilang masa tu adalah laptp dan handset.

Handset tu kakak aku punya, masa tu model 3315, entah lah kenapa perompak tu berkenan sangat, mungkin dia nak contact awek kot. Ok, sambung cerita, lepas semua sedar tentang rompakan tu, kawan kakak aku bukan main emosinya dia, yelah, telefon handset kakak aku, boleh aje masuk, tapi tak angkat2..macam2 kawan kakak aku mesej kat handset tu.

Ko tahu apa yang kakak aku mesej kat nombor dia tu? dia taip macam ni "BUATLAH KERJA ELOK2 SIKIT, LEPAS NI JANGAN BUAT MACAM NI LAGI, TAK ELOK". Nak pecah perut aku, dia cerita. Sempat lagi berdakwah tu, biasalah ustazah katakan. Tak boleh tegur secara kasar..Kena lembut2..hehhehe


Monday, May 25, 2009

APA NASIB DAA...


Jumaat, 22 Mei lepas, aku sedang mengimpikan untuk mengisikan perut aku yang x berape nk kenyang ni dengan maggie sup tulang bersama dengan ikan bilis yang baru aku beli. Sedang seronok dengan dream day tu, kawan aku Yani, melambai-lambaikan dengan perasaan cemas... sedang mata terbeliak ke atas turun tertumpu padanya, terus aku berjalan cepat2, nak berlari penat coz beg sandang berat. Kawan aku ni dah nangis2 dah, aku pelikla, kenapa kan, tengok2 rumah yang aku sewa untuk sementara bagi pra praktikum ni kena pecah masuk, kurang asam jawa betul punya perompak, masuk tak bagitahu kitaorang, anak siapa agaknya tak tahula aku.

Nak nangis tak terkeluar pula air mata ni, jadi aku tergamam jer. Kawan aku dah nangis, cukuplah tu, nanti huru hara pula. Aku tergamam bukannya apa, sebab perompak tu masuk siang hari, masa kitaorang dan jiran-jiran keluar pergi kerja. Tahu-tahu je, kawan2 aku ada juga cakap ada mamat mana ntah tengok2 je dari jauh sejak kebelakangan ni.

Jumaat lepas dah bukan kebelakangan ini dah, tapi dah kejadian pun. Geram sangat2 ni. Banyak barang kawan2 aku yang hilang macam hard disk, mp4, charger nset dan Kamera, mouse, dan modem broadband.

Barang aku tak adalah apa sangat, cuma sekotak brooch jerk. Mungkin perompak tu ada kilang baju tak,, tak pun dia nak bagi present kat awek dia, manala tau. Aku ada juga cakap kat kakak aku, di pun kata macam tu jugak...hehehe.. apepun.. kesian kat kawan2 aku...mangkuk tandas betul punya perompak.


Sunday, May 17, 2009

FIKIRLAH...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah

TEPUK DADA TANYA IMAN

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

p/s: Sayangilah ibu sebagaimana beliau menyayangi diri kita.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU














Guru...

Dirimu ibarat ibubapa keduaku...

Penat lelahmu tidak mengenal erti penat dan jemu...

Mengajarku yang serba tidak tahu...

Tidak kira di setiap masa dan waktu...


Guru...

Kesungguhanmu bab ombak yang menderu...

Memukul pantai yang kering dan lesu...

Menghakis kepenatan untuk mengajarku...

Dari kemalasan agar terus berlalu...


Guru...

Dirimu ibarat pohon yang merendang...

Menjadi teduhan dikala ku 'kepanasan'...

Menjadi ukiran dihelai dedaunan...

Agar dicorak dengan kejayaan...


Terima kasih guru...

Kau pembimbingku...
Kau pendidikku...

Kau idolaku...

P/S: Selamat Hari Guru diucapkan kepada warga pendidik Sek.Ren.Keb. Lalang Pepuyu Tanah Merah Kel, Sek Men Ugama Arab Tarbiah Al-Islamiah Kajang Tanah Merah Kel, Maahad As Sabirin Ayer Lanas Jeli Kel dan semua tenaga pengajar Universiti Sains Islam Malaysia USIM..
Pengorbanan kalian tidak dapat saya lupakan. Jutaan terima kasih di ucapkan.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU



Ibu…
Hidupmu penuh bererti dalam hidupku...
Hidupmu penawar kedukaanku...
Hidupmu penambah kebahagiaanku...

Ibu...

Kau ibarat pohon merendang…

Kasih sayangmu utuh bak akar yang gagah mencengkam…

Pengorbananmu teguh tak lekang dek usang...

Ibu...

Kata nasihatmu ibarat dahan yang bercabang...

Tutur katamu selembut lambaian dedaunan...

Sentuhanmu mendamaikan sekeping hati...

Tahukah dirimu Ibu...

Kurindukan pelukan hangatmu...

Kurindukan belaian mesramu...

Kurindukan ciuman kasihmu…

Ya Allah…

Aku memanjatkan kesyukuran padaMu...

Dianugerahkan ibu yang terbaik untukku...

Ku Doakan semoga Kau memanjangkan umurnya...

Serta ampunkan segala dosanya...

Dulu, kini dan selamanya...

SELAMAT HARI IBU BUAT MA TERSAYANG, IDA SAYANG MA, & IDA MOHON JUTAAN KEMAAFAN DIATAS SEGALA SALAH SILAP IDA TERHADAP MA DULU, KINI, DAN SELAMANYA. IDA JUGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MENJAGA IDA DARI KECIL SAMPAI SEKARANG. IDA SAYANG MA. LOVE U SO MUCH!!!!