Sunday, April 8, 2012

Allah Lebih Mengetahui

Sedalam mana kasih dan sayang,
Sejujur mana sesuatu ikatan,
Seakrab mana akan pertalian,
Selama mana akan penantian,
Jika tak termaktub dalam hamparan,
Terbatal sudah suatu tujuan
Jangan pertikai akan jawapan,
Kerana semuanya hanya kita yang rancang,
Tapi yang berhak hanya ALLAH SWT yang tentukan,
Tanpa redhanya tiada kebahagiaan,
Pilihannya ada hikmah yang tersimpan.

Tuesday, September 20, 2011

Titik-titik dosa telah memenuhi ruang hati,
Semakin hari hati mula bertukar kehitaman,
Menyamakan ia dengan seketul arang,
Yang mana akan membawa dan membahang aku di akhirat kelak,
Bagaimanakah akan aku hadapinya nanti?
Di hati tetap sayang kepadanya,
Tetapi di hati juga kecewa dengan apa yang berlaku.
Aku memahami akan perkongsian kasihnya,
tetapi aku harus akur,
Masakan aku perlu bandingkan dengan orang yang sudah tiada?
Sebetulnya kebahagiaan yang baru tercipta itulah tujuannya,
Dan juga harapan aku terhadapnya,
Namun rajuk di hati tak siapa yang tahu,
Begitu bercil hatikah aku?
Jika di bandingkan dengan keceriaan yang terpancar di wajahnya.
Ya ALLAH..
Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima dia dan pasangan seadanya,
Kerana ketaatan kepada mereka jugalah menjadi penentu syurga bagiku.
Amin......

TERIMA KASIH

Desiran angin menyapa pipiku,
Sejurus mengembalikan kenangan di suatu ketika dahulu,
Bersama memadu kasih,
Menyulam sayang,
Serta mengeratkan keduanya bersama kesetiaan yang utuh,
Betapa aku mengsyukuri akan kenangan itu,
Walaupun pada akhirnya aku tersungkur,
Namun DIA masih setia menyayangi aku,
Dan tidak membiarkan aku terus rebah di persada dunia.
Terima kasih Ya ALLAH.

Monday, July 25, 2011

AHLAN WASAHLAN

Datangmu amat di nantikan oleh mereka,
Untuk meniti hari-hari yang penuh bermakna,
Bermuhasabah diri di waktu yang beharga,
Kerana hanya di tika itu sahaja.

Tibamu menambahkan kekurangan yang ada,
Mencuci segala dosa yang ternoda,
Andai masamu di gunakan sebaiknya,
Tiada penyebab di jadikan penghalangnya,
Kerana dajal dan syaitan dibelenggu olehNYA.

Semoga datangmu menyerikan semua,
Bagi kaum Adam dan Hawa,
Untuk mendapatkan pahala yang berganda,
Tanpa riak dan takabbur yang meliputinya,
Sebaliknya detik yang penuh bermakna di bawah naunganNYA.

---------Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan---------

Friday, July 1, 2011

Bukan Kita Tapi Mereka

Kadang-kadang kita rasakan kita sempurna,
Dalam mengharungi sesebuah pertalian,
Tak kira dari anak solehah kepada setiakawan,
Tapi sebetulnya kita yang tafsirkan,
Bukan mereka yang selalu berdampingan.

Kita rasakan kita peneman,
Dikala mereka dalam kesusahan,
Namun itu bukan ukuran,
Dalam merealisasikan sesebuah perhubungan,
Sebaliknya mereka yang fikirkan.

Kita rasakan tidak membuat sebarang kesilapan,
Tidak menyumbangkan kepada kemurungan,
Yang membawa kepada kealpaan,
Kesilapan yang susah untuk dimengertikan,
Kerana mereka sudah ada jawapan.

Tuesday, June 21, 2011

SELAMAT HARI BAPA (19 JUN)

Bukan sekadar hari ini hari bapa,
Tarikh ditetapkan wujudnya peristiwa,
Menandakan kamu amat berharga,
Setiap pengorbananmu tiada taranya.

Kenangan kita tak pernah ku lupa,
Dirimu menyapa dengan ceria,
Walaupun dirimu seorang ketua,
Tapi ketegasanmu berlapikkan kelembutan di dalamnya.

Walaupun dirimu sudah tiada,
Namun ingatanku tersemat didada,
Senyum dan tawamu tak lekang menyapa,
Pengubat hati dikala duka.

Aku tersedar dari kealpaan,
Dirimu menyapa memberi salam,
Aku menjawab dengan tenang,
Tangisan di hati mula terkesan,
Bahwa rohmu datang menjenguk anak-anak kesayangan.

Friday, April 1, 2011

1 April



1 April...
Terkenang kembali pada kisah lalu,
Ketika aku disapa begitu,
Dengan membawa si kecil ke sisi ku,
Alhamdulillah, dia adalah anak buahku.

1April...
Aku merupakan orang pertama,
Melihat dia dilahirkan ke dunia,
Comel dan kecil sangat aku kira,
Hanya menyapa dengan belaian sahaja.

1 April...
Nur Hanan Qaisara nama di beri,
Gabungan idea di antara kami,
Menjadi penyeri di tika sunyi,
Sekarang sudah belajar kini.

1 April 2011...
Selamat Hari Lahir buatmu,
Semoga Allah sentiasa memberkatimu,
Dikala tiba, kini dan juga berlalu,
Semoga menjadi penyejuk ibumu.